Kaki Ayam Bersama Cendawan Cina

Sebenarnya, saya tak tau nama masakan ni sebab resepi ini saya belajar dari kawan Cina…kiranya ini masakan Cina la.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kaki Ayam Bersama Cendawan Cina

Sebenarnya, saya tak tau nama masakan ni sebab resepi ini saya belajar dari kawan Cina…kiranya ini masakan Cina la.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm kaki ayam
  • 20 kuntum cendawan cina (direndam sehingga lembut)
  • 1 bunjut sup / perkakas sup
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2-3 sudu besar kicap cair
  • 2 -3 sudu besar sos tiram
  • 5 biji telur ayam (direbus sehingga masak keras)
  • 1/2 inci halia
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan air ke dalam periuk. Apabila air mendidih, masukkan kaki ayam dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian toskan kaki ayam dan buang air rebusan tadi. (Proses ini dilakukan untuk mencuci kekotoran pada kaki ayam).
  • Masukkan kaki ayam ke dalam periuk, tambahkan air sehingga menutupi kaki ayam. Kemudian masukkan halia, sup bunjut, sos tiram, kicap cair dan kicap pekat sesuai rasa. (Kalau boleh guna kicap dan sos tiram Cina yang bertanda halal). Kalau tawar boleh ditambahkan garam untuk sesuaikan rasa juga.
  • Setelah itu boleh lah dimasukkan cendawan cina dan renehkan.
  • Apabila kaki ayam sudah lembut masukkan telur yang telah dikupas ke dalam sup tadi. Kepandaian kita mengadunkan campuran kicap dan sos tiram akan menghasilkan warna kulit telur pada telur ayam ini.
  • Apabila kaki ayam dan cendawan sudah benar-benar lembut bolehlah diangkat. Biasanya bila sudah masak, kuah sup akan pekat dan tinggal sedikit sahaja.
  • Masakan ini mengambil masa yang panjang untuk memastikan kaki ayam benar-benar lembut. Selain itu agak rumit untuk memastikan adunan kicap dan sos tiram dalam mendapatkan warna yang cantik pada telur. Jangan gunakan kicap pekat terlalu banyak kerana ia boleh menghasilkan rasa pahit. Jika tidak suka kaki ayam bolehlah digantikan dengan peha ayam atau kepak ayam. Biasanya saya campurkan sekali dengan kaki ayam. Kawan saya selalu masak resepi ini untuk saya dan saya hampir tidak dapat mengenali telur yang belum dimasak dan yang telah dimasak kerana warnanya seakan akan sama.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago