Sesuai dihidangkan bersama nasi ayam,nasi putih atau apa jua jenis nasi pilihan anda..ratah pun sedap,cuma kalau nak ratah tu kena kurangkan sedikit sos tiram :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kailan Goreng Sos Tiram
Sesuai dihidangkan bersama nasi ayam,nasi putih atau apa jua jenis nasi pilihan anda..ratah pun sedap,cuma kalau nak ratah tu kena kurangkan sedikit sos tiram :)
BAHAN-BAHAN
- 300g kailan/baby kailan/siew pak choy
- 2 ulas bawang putih-ketuk dan cincang halus
- 1/2 cawan sos tiram+1/3 cawan air
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1/3cawan minyak untuk menumis
- Bawang goreng-untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam kuali.(pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau
- Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah..Kacau goreng hingga pecah minyak
- Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
- Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.Taburkan bawang goreng di atasnya. Siap!SELAMAT MENCUBA ^_^
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.