Kacang Panjang “The Sambal”

Sesuai sebagai menu tengahari dengan nasi panas. Terpulang dengan citarasa masing2 nak tambah bahan, rasa dan cara.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kacang Panjang “The Sambal”

Sesuai sebagai menu tengahari dengan nasi panas. Terpulang dengan citarasa masing2 nak tambah bahan, rasa dan cara.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ikat kacang panjang – anggaran 10 batang
  • 3 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 5 biji cili padi – ditumbuk
  • 1 kiub belacan atau 2 inci – ditumbuk
  • <300gm> udang kering – direndam seketika
  • 1 biji limau kasturi
  • * kiub pati ayam – optional
  • *Garam, gula / serbuk perasa
  • * garam boleh ditukar dengan kiub pati ayam dan penggunaan belacan juga sudah menyediakan rasa masin.
CARA PENYEDIAAN
  • Potong kacang panjang dan bersihkan.
  • Tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau dan masukkan udang kering.
  • Masukkan kacang panjang dan renehkan seketika. Sekiranya berminat dengan penggunaan *kiub pati ayam, boleh masukkan sekali.
  • Tambahkan *garam dan gula / serbuk perasa.
  • Perahkan jus limau kasturi, gaul dan sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago