Resepi mudah & pantas, reka2 je tapi sedap dijamin!! Inyaallahhh ;) try le.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kacang botol goreng pedas ohyeah!

Resepi mudah & pantas, reka2 je tapi sedap dijamin!! Inyaallahhh ;) try le.

BAHAN-BAHAN

  • Kacang botol anggaran 2 genggam
  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 6 ulas
  • Udang kertas 3-4 sudu besar
    P/S : Boleh guna udang kering, udang basah ataupun ikan bilis.
  • Cili kering segenggam (agak2 suka pedas camne)
  • Halia separuh ibu jari
  • Sos tiram, gula, garam – anggar2 sendiri ye ;)
  • Minyak ntk menumis
  • **Lupa pulak – Sekeping tauhu! goreng dulu.
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar semua bahan diatas termasuk udang kertas, kalau guna udang basah tak perlu kisar sekali – Sampai lumat halus
  • Tumiskan dalam minyak panas, tambah air sikit takmo hangus, tumis sampai sambal diyakini sudah masak kalau tak, tak sedap~
  • Potong tauhu dalam bentuk dadu, dan campak dlm tumisan tadi.
  • Masukkan sedikit sos tiram, gula(sikittt sgtttt sejemput je) & garam
  • Masukkan kacang botol yg telah dipotong nipis2. Gaul merata lebih kurang 2 minit dan dah boleh angkat, siap! senang & sedap~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN