Jelatah Perantau

Mungkin juga dipanggil jelantah @ acar..di pantai barat selalu ada masa kenduri kahwin.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Jelatah Perantau

Mungkin juga dipanggil jelantah @ acar..di pantai barat selalu ada masa kenduri kahwin.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji nanas (jangan guna nanas muda. Takut masam. Kalau nak guna nanas dalam tin anggaran 1 tin)
  • 2 biji timun (kalau guna timun Jepun kurang biji)
  • 2 biji lobak merah (jika suka)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar (merah)
  • 120ml cuka makan
  • Sedikit gula dan garam ikut rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Potong semua bahan-bahan. Timun dihiris bulat nipis, nanas dihiris segiempat nipis, bawang dan lada dihiris nipis.
  • Lobak dipotong memanjang.
  • Campurkan bahan-bahan yang telah dipotong dalam satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam. Gaul rata.
  • Sedia untuk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak…tak pun nasi putih pun sedap..
  • Tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sebab air nanas dah sebati. Lobak tu biasanya orang tak letak. Saya letak sebab nak warna yang menarik, lada merah susah nak dapat kat sini..
  • Tips 2: kalau nak sedap lagi letak kacang tanah yang ditumbuk sedikit..ini pun jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago