Japanese Style Sweet Bun Dough

Resepi dr blog masakan member2 my resipi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Japanese Style Sweet Bun Dough

Resepi dr blog masakan member2 my resipi

BAHAN-BAHAN

  • 375 g tepung roti (high protein flour)
  • 100 g tepung gandum
  • 35 g susu tepung
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
  • 80 g gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 2 1/2 camca teh instant yeast
  • 150 ml air suam
  • 40 g mentega
  • 4 camca besar “water roux”(campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • 1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih.
  • Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal.
  • Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda.
  • Bila doh dah naik 2 kali ganda, tumbuk2 doh untuk membuang udara. Bagi doh kepada 16 bahagian sama besar. Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  • Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 – 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.
  • *** water roux tu saya buat setengah adunan shj kerana masa first time buat dulu, water roux tu lbh banyak. Separuh tu dah cukup utk resepi ni ( still ada lebih lg).
  • *** Saya buat 9 biji shj utk loyang 8×8 inci & bakar selama 35 minit. (spt gambar dlm cara no 5)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago