Itik Salai Masak Lemak Cili Padi

Resepi daripada mak mertua

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Itik Salai Masak Lemak Cili Padi

Resepi daripada mak mertua

BAHAN-BAHAN

  • Itik Salai (1 ekor)

    beli yang sudah siap salai dan dipotong kecil

  • Bawang putih (5 ulas besar)
  • Bawang merah (5 biji kecil)
  • Bawang besar (1 biji besar)
  • Serai/Halia (2 batang)
    kalau takut tergigit halia semasa makan, boleh guna serai
  • Serbuk kunyit/Kunyit hidup
    (saiz ibu jari/ cukup untuk beri warna kuning kehijau-hijauan kepada kuah)
    (jumlah kunyit mesti sesuai dengan kuantiti air yang digunakan untuk buat kuah)
    (seeloknya guna kunyit hidup kerana warna kuah lebih cantik dan asli)
  • Cili padi (15 tangkai)
    kalau tak nak pedas boleh kurangkan
  • Cili hijau dan cili merah (4 tangkai)
  • Santan (1 biji kelapa)
    seeloknya guna santan parut, bukan santan kotak kerana rasa lebih asli, sihat krn tiada pengawet dan kurang pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam periuk
    (minyak tak perlu banyak, cukup utk panaskan periuk saja)
  • Tumbuk cili putih, cili merah, kunyit hidup, cili padi dan serai
  • Hiris bawang besar
  • Masukkan bahan tumbuk dan bawang besar ke dalam periuk
    (tak perlu garing sgt)
  • Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga itik masak (lebih kurang 15 minit)
  • Kisar kelapa parut, perah dan masukkan santan ke dalam periuk
  • Kacau sehingga santan sebati

    (jangan tinggal, jika tidak santan akan berketul dan kuah tidak sedap)

  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Tabur cili merah dan cili hijau
  • Sedia untuk dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago