Inti Nenas

Kebetulan saya pun buat juga… jadi saya letakkan cara buat intinya sahaja sebab junjs11 dah bagi cara buat kuih tat nenas ni…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Inti Nenas

Kebetulan saya pun buat juga… jadi saya letakkan cara buat intinya sahaja sebab junjs11 dah bagi cara buat kuih tat nenas ni…

BAHAN-BAHAN

  • 2 tin nenas (satu tin lebih kurang 250g)
  • 250gm gula
  • Sedikit pewarna kuning (ikut suka warna yang disukai)
  • *** bahan inti di sini tidak gunakan nenas segar sebab saya rasa guna nenas dalam tin lebih mudah dan cepat… lagipun kita di rantau ni nenas segar susah nak dapat dan mahal pulak…
CARA PENYEDIAAN
  • Keluarkan nenas dari dalam tin dan kisar bersama air nya sekali. Kemudian tapiskan nenas yang telah dikisar tadi – ketepikan air dan bolehlah dibuat jus nenas ;)
  • Masukkan nenas yang telah ditapis ke dalam periuk dan campurkan dengan gula.
  • Masakkan di atas api perlahan dan sering dikacau (takut hangit).
  • Setelah inti agak kering, masukkan sedikit pewarna kuning atau apa-apa warna yang disukai.
  • Kacau inti sehingga warna rata dan terus kacau sehingga adunan likat.
  • Jika inti telah agak kental (terasa berat sedikit jika dikacau) bolehlah dimatikan api dan disejukkan sebelum digunakan untuk buat kuih tat nenas.
  • *** Saya pernah buat inti nenas ini dan simpan dalam peti sejuk selama lebih 3 bulan! >>> Simpan dalam bekas yang betul-betul kedap udara >>> masa musim sejuk pernah tak letak dalam peti dan inti bertahan sampai saya buat lagi (buat untuk raya puasa dan guna lagi masa raya haji hehehehe).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago