Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Tuka Bakar Berempah

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Perapan:
  • 1 ekor ikan tuka (anak ikan pari) – dibelah dua atau tak perlu belah
  • 2 sudu serbuk kari
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu besar cili boh, sedikit garam dan serbuk kunyit
  • Bahan Air Asam (Pencicah):
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • Air asam jawa – ikut selera kalau mahu pekat atau cair
  • 1 labu bawang besar – dihiris halus
  • 2 biji lada merah – dihiris halus
  • 1 biji limau nipis – diperahkan jusnya
  • 15 biji cili api – dihiris halus (jika suka pedas lagi tambah cili api )
  • Garam, gula dan bahan perasa ikut selera
  • Boleh isi belacan jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Perap: Bawang putih, halia dan bawang besar ditumbuk halus, campurkan dengan cili boh, kunyit, serbuk kari dan garam. Kemudian, disapukan ke ikan tersebut. Perap 1/2 jam atau lebih. Kemudian, bolehlah dibakar hingga masak.
  • Pencicah: Campurkan semua bahan tersebut dan rasa. Senang saja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN