Ikan Tongkol Masak Cuka

Lagi masakan tradisi…penyediaan amat mudah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Tongkol Masak Cuka

Lagi masakan tradisi…penyediaan amat mudah.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan tongkol – potong 2-4 (terpulang), yang terlebih dulu digoreng kunyit seperti biasa
  • Bahan rebus: 2 ulas bawang merah – hiris tebal sikit
  • 3 ulas bawang putih – belah dua
  • ½ – 1 inci halia – hiris bulat
  • 2-3 cawan air + 2-3 sudu besar cuka
  • ½ biji timun – belah empat, kemudian buang bahagian dalam & potong memanjang (dalam 4-5cm)
  • Garam + gula secukup rasa
  • 5-6 tangkai cili muda – belah dua
  • Bahan tumbuk: ½ sudu kecil jintan manis + ½ sudu kecil jintan putih dan ¼ cawan air (untuk dicampur bersama jintan setelah ditumbuk nanti)
  • Bahan goreng: ½ sudu besar minyak + ½ sudu kecil biji sawi
CARA PENYEDIAAN
  • Jintan manis & putih tu direndam dalam seminit dua kemudian toskan air pastu tumbuk guna lesung batu. Jangan kisar sebab bukan nak serbuknya. Tumbuk pun sekejap je, cuma sampai tahap separuh lumat pastu campurkan dengan ¼ cawan air. Biarkan sekejap.
  • Sediakan periuk. Tapis dan tuangkan air jintan tadi ke dalam periuk (maknanya serbuknya tu tak guna dah, nak airnye je). Kemudian, masukkan sekali kesemua bahan rebus ke dalam periuk tu. Nyalakan api dapur, rebuskan dengan api sederhana je. Biar mendidih buat beberapa ketika dulu kemudian baru tutup api, angkat & bubuh dalam mangkuk. Selepas itu, baru masukkan ikan (kira biar ikan berendam dalam tu) dan ketepikan sekejap.
  • Kemudian, dalam kuali panaskan minyak, dengan api kecil gorengkan biji sawi tu, tak lama, dalam kurang 1 minit (sebab biji ni cepat rentung!). Caranya: bila minyak panas (api kecil), masukkan biji sawi, dia akan berbuih-buih sekejap kemudian sebelum biji melompat keluar kuali, tutup api & terus angkat.Siap je goreng, tuangkan biji sawi goreng dengan minyak tu sekali ke dalam mangkuk berisi ikan tadi, kacau sikit-sikit dengan sudu (supaya mesra biji sawi + minyak dengan kuah ikan tu).
  • Siap untuk dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago