Ikan Stim Ala Chinese Style.

Inilah masakan stim kegemaran kami…sangat mudah dan senang untuk disediakan..dan yang penting sangat sedap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Stim Ala Chinese Style.

Inilah masakan stim kegemaran kami…sangat mudah dan senang untuk disediakan..dan yang penting sangat sedap…

BAHAN-BAHAN

  • (lkut sukatan yang saya guna tapi kalau berat ikan kurang, kurangkanlah bahannye ye)
  • Ikan Merah 1 1/2 kilo (lkan lain pun boleh dan berat tak kisah). Halia muda sebesar 2 ibu jari dipotong memanjang dan halus halus. Daun bawang 2 – 3 tangkai lebih pun okay (dipotong kasar kasar). Bawang putih 5 biji potong halus halus
  • Minyak bijan 2 camca besar. Minyak masak 2 camca besar (saya guna minyak matahari) . Kicap cair 2 – 3 camca besar. Garam dan serbuk lada putih (serbuk lada hitam atau sulah pun boleh juga)
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan merah yang telah dibersihkan di belah tepi nya 3 bahagian. Kemudian sapukan garam dan serbuk lada ke seluruh ikan termasuk bahagian perutnya.
    Daun bawang,halia dan bawang putih letakkan setengahnya kedalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan dan belahan ikan.
    Kemudian stimkan ikan tersebut di atas kuali yang bertutup.
    Dalam bekas kecil masukkan minyak bijan,kicap cair dan minyak masak sekali dan gaulkan.
    Setelah ikan separuh masak atas kuali buka penutupnya dan tuang sedikit demi sedikit bahan yang digaul tadi ke atas ikan. Kemudian tutup kembali kuali tadi.
    Selepas beberapa minit ikan pun masak boleh lah di hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago