Ikan Percik

Masakan daripada Kelantan, resipi ini adalah daripada kak ipar. Mudah disediakan, cepat dan lazat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Percik

Masakan daripada Kelantan, resipi ini adalah daripada kak ipar. Mudah disediakan, cepat dan lazat.

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ikan kembung
  • 8 ulas bawang merah
  • Seinci halia
  • 2 1/2 biji santan kelapa
  • Air asam jawa
  • Tepung jagung
  • Garam, gula dan serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk 3 ulas bawang merah bersama sedikit garam untuk diperapkan bersama-sama ikan kembung. Biarkan selama beberapa minit.
  • Kisar 5 ulas bawang merah bersama halia.
  • Panaskan santan di dalam kuali sampai mendidih dan kacau jangan sampai santan tersebut berketul.
  • Masukkan bahan yang dikisar dan kacau. Selepas itu masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Bila semuanya sebati dan mempunyai rasa yang memuaskan, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah percik tersebut.
  • Bakar ikan kembung tadi sampai masak. Selepas itu siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar kembali ikan tersebut. Ulangi langkah tersebut sebanyak 3 atau 4 kali. Pasti ikan percik anda akan sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago