Ikan Percik Bermadu

My Style. Rasa berbeza dengan ikan pecik yg biasa terdapat di kelantan.salah satu keunikan resepi ni sebab dier bermadu… bkan bermadu 4 (macam dalam gambar) tapi sebab guner madu asli…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Percik Bermadu

My Style. Rasa berbeza dengan ikan pecik yg biasa terdapat di kelantan.salah satu keunikan resepi ni sebab dier bermadu… bkan bermadu 4 (macam dalam gambar) tapi sebab guner madu asli…..

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ikan kembung / ikan mata besar / ape² jenis ikan
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit garam
  • 1 sk madu
  • daun pisang /daun kunyit secukupnya – utk bakar ikan
  • Bahan-Bahan ( B )
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 jari kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
  • 15 biji cili padi
  • 1 inci belacan
  • Bahan-Bahan ( C )
  • 300 ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
  • 200 ml air
  • 1 – 2 sb gula (ikut citarasa)
  • 1 asam keping
  • 2 sb madu
  • garam
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A (kunyit dan garam) ditumbuk hingga halus.Masukkan madu dan kacau rata.
  • Bersihkan ikan. Perap dengan bahan A yang telah ditumbuk tadi lebih kurang 15 minit.
  • Alaskan ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. Panggang @ bakar ikan yang telah diperap hingga masak. – tak perlu terlalu garing.
  • Sementara itu blender halus bahan² B. Kalau rajin bolehlah ditumbuk hingga halus.
  • Masukkan Bahan² B yang telah halus dikisar kedalam periuk. Tambahkan santan pekat dan air. Masak diatas api sehingga mendidih- kacau selalu supaya tak pecah minyak.
  • Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, madu dan asam keping. rasa masam, manis dan pedasnya.
  • Matikan api. celupkan ikan yang telah dipanggang @ dibakar kedalam kuah tadi sepenunhnya dan keluarkan, letak ikan yang telah dicelup kedalam kuah diatas daun pisang @ daun kunyit.
  • Panggang @ bakar ikan sekali lagi. Balik -balikkan ikan diatas dulang pembakar @ pemanggang. Jangan lupa sudukan sedikit kuah semasa proses memanggang kali kedua ni. Biar sehingga ikan dan kuah bersalut sepenuhnya barulah diangkat.
  • Sedia dihidang bersama nasi putih panas. Kuah yang lebih bolehlah dihidang bersama ikan tadi.
  • kalau kuah tak pekat, leh masukkan 1 sb tepung jagung yang dikacau bersama 1/4 cawan air masak…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago