Ikan Pekasam Utara

Resipi turun temurun dari keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Pekasam Utara

Resipi turun temurun dari keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan)
  • 1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
  • 1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak
  • Sedikit gula
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukkan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup. Biarkan sampai esok.
  • Kisar beras yang digoreng sehingga halus. Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula dan lumurkan beras pada ikan tersebut. Biarkan semalaman di dalam bekas tertutup.
  • Setelah itu masukkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jangan simpan di tempat yang beku, simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan).
  • Kemudian bolehlah digoreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan di atasnya. Siap untuk disantap bersama.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago