Hidangan Sajian Makanan Cina, Ikan Masak Taucu sedap dimakan dengan nasi panas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Cina

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

30 min
MASAK

4 orang
HIDANGAN

Ikan Masak Taucu

Hidangan Sajian Makanan Cina, Ikam Masak Taucu sedap dimakan dengan nasi panas.

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan bawal

  • 3 biji bawang merah (Dihiris)

  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)

  • ½ cawan taucu

  • ½ cawan air asam jawa

  • 1 batang timun kecil (Dipotong kecil)

  • 2 biji cili merah (Dihiris)

  • 1 biji cili hijau (Dihiris)

  • 1 labu bawang besar (Dihiris)

  • 1 sudu teh gula

  • 1 sudu teh kunyit

  • Garam secukup rasa

  • Minyak masak secukupnya

CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan dan gaul dengan garam dan kunyit.

  • Goreng sehingga garing kemudian ketepikan.

  • Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

  • Masukkan taucu, air asam jawa, dan gula. Biarkan mendidih.

  • Masukkan timun, cili merah, cili hijau, dan bawang besar. Kacau rata.

  • Biarkan pekat sedikit, kemudian tuangkan di atas ikan tadi.

  • Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN