IKan kerapu masak taucu

resepi dari emak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

IKan kerapu masak taucu

resepi dari emak

BAHAN-BAHAN

  • Dua ekor ikan kerapu
  • dua sudu makan taucu ( sebolehnya basuh dulu taucu tu ya..sebab nanti terlampau masin plak…)
  • Air-setengah cawan
  • Gula secukup rasa
  • Dua sudu minyak masak (utk menumis)
  • 5 tangkai cili hijau (boleh tambah kalu suka pedas)
  • 1 tangkai cili besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
CARA PENYEDIAAN
  • tumbuk cili hijau, cili besar, bawang merah, bawang putih, halia
  • Goreng ikan kerapu hingga masak (jangan terlalu garing)
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama taucu sehingga naik bau lebih kurang 3 minit
  • Masukkan setengah cawan air dan tumis lagi hingga air mendidih.Masukkan gula secukup rasa ya. Garam tak perlu letak dah sebab taucu tu dah masin..saya selalu basuh dulu taucu n tapis guna penapis santan tu.. nak kurangkan masin taucu…
  • Selepas tu masukkan ikan yg dah digoreng tadi.
  • Kacau2 sikit dan bila sos dah agak rata pada ikan, boleh angkat dan hidangkan (boleh taburkan dgn daun sup untuk bau yang menyelerakan)
  • kalau yang kurang rajin nak tumbuk semua bahan2 ni, boleh ja dihiris halus semua bahan2 sos ni) saya suka tumbuk sebab kurang gemar mkn bawnag putih n halia

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago