Cara mudah menarik minat anak anda untuk makan buah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Kekek Mak Iloi Iloi

Cara mudah menarik minat anak anda untuk makan buah.

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping roti sandwich (digelekkan hingga nipis)
  • 1 biji pisang emas
  • Sedikit coklat masakan (coklat)
  • Sedikit coklat masakan (putih)
  • Sedikit air
  • Sedikit mentega atau marjerin
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan mentega/marjerin dalam pan/kuali. Goreng pisang hingga sedikit layu.
  • Cairkan coklat masakan (coklat) secara ‘double boiler’ dan celupkan keseluruhan pisang. Biarkan keras sebentar.
  • Letakkan pisang tadi ke atas roti yang telah digelek nipis dan gulungkan.Kemaskan di setiap hujung roti dengan sedikit air sambil memicit setiap tempat yang terbuka hingga tertutup rapi.
  • Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius hingga keemasan.
  • Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.Kemudian celupkan keseluruhannya ke dalam coklat masakan (coklat). Biarkan mengeras.
  • Cairkan coklat putih dan hiaslah mengikut kreativiti anda. Sedia untuk hidangan.
  • Boleh disejukkan di dalam peti ais juga. Pisang juga boleh digantikan dengan buah-buahan lain.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN