Ikan Jaket Sumbat Cili

Resepi turun-temurun (Simple but nice)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Jaket Sumbat Cili

Resepi turun-temurun (Simple but nice)

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan cencaru – siang, belah dari belakang dan keluarkan isi perutnya, juga insang, cuci bersih, rendam dengan air asam jawa, supaya tidak hanyir… ketepikan (oh ya tak perlu buang bahagian luar ikan yg keras itu.. penting supaya bila digoreng, isi
  • 6 biji bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 senduk cili kering kisar
  • garam/gula/pak aji/kunyit (untuk dilumur pada ikan)
  • 2 batang serai
  • 2 biji limau kasturi
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan yg telah direndam, tos dan lumur dengan garam dan kunyit, ketepikan.
  • Untuk sambal – tumis bawang merah, bawang putih sehingga wangi dengan sedikit sahaja minyak
  • Masukkan cili kering kisar, masak sampai cili masak, perahkan air limau kasturi, rasakan garam, gula dan pak ajinya (kena selalu dikacau, jika tidak akan mudah hangus) dah ok… angkat keluar.
  • Masukkan sebatang serai kedalam perut seekor ikan dan sumbat dengan sambal (jgn terlalu penuh, nanti bila goreng akan hangus. Buat untuk yang seekor lagi
  • Goreng kedua2 ikan hingga masak dan pastikan dalamnya juga masak (sebab ikan nikan pakai jaket, so teballah sikit)
  • Dah masak sedia untuk dingap… sedap makan dengan nasi hangat
  • Boleh juga pergi ke blog saya di http//khazanahdapurku.blogspot.com

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago