IKAN BILIS TIGA RASA

Ciptaan sendiri..sedap dimakan bersama nasi putih. Penambat selera.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

IKAN BILIS TIGA RASA

Ciptaan sendiri..sedap dimakan bersama nasi putih. Penambat selera.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan ikan bilis kopek
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Basuhkan ikan bilis,toskan dan goreng hingga garing. Minyak jangan terlalu banyak kerana minyak gorengan itu boleh digunakan untuk menumis. Sesudah garing angkat dan letak di dalam mangkuk.
  • Hiriskan cili nipis-nipis, bawang besar dan bawang putih. Tumiskankan hingga naik bau.
  • Masukkan air asam, gula dan sedikit garam sahaja. Bagi memastikan tidak masin (ada jenis ikan bilis masin), garam ditambahkan kemudian).
  • Biar kuah pekat sedikit dan rasa yang cukup, tuangkan kuah tersebut pada ikan bilis. Sedia untuk dihidang.
  • SELAMAT MENCUBA

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago