Kalau masak ikan sumber resepinya ialah emak ku sayang…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bawal Kukus Halia dgn Nenas

Kalau masak ikan sumber resepinya ialah emak ku sayang…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan bawal besar
  • 2 inci halia di hiris memanjang, nipis dan halus
  • 1/2 biji nenas di hiris ( ikut suka yang dah masak boleh muda pun takpe..)
  • 1/2 inci kunyit dihiris memanjang, nipis dan halus.
  • 1 biji bawang besar di belah dua dan di hiris nipis ramas sedikit supaya lerai.
  • 3 ulas bawang putih di hiris memanjang nipis dan halus
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil lada hitam kasar dan sedikit garam
  • 1 batang lobak merah hiris bulat
  • 1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah di hiris (tak payah nipis pun takpe)
  • 1 biji tomato di belah 8
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • *nak tambah sayur lain seperti brocoli, kobis bunga, saderi..pun boleh..ikut cita rasa..
CARA PENYEDIAAN
  • Lumurkan ikan dengan sedikit garam, sos ikan dan lada hitam. Perap kan untuk 15 minit.
  • Letakkan ikan di dalam bekas untuk mengukus. (foil, daun pisang pun boleh..)
  • Tabur semua bahan hiris dan potong ke atas dan bawah ikan.
  • Kukus hingga masak dalam anggaran masa 15-20 minit. (Pastikan air untuk mengukus telah di didihkan dulu)
  • Hidangkan dan makan masa panas… kalau sudi cubalah..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN