Jom sekali sekala ubah menu sarapan dengan humburger dan kerepek ubi keledek.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Humburger Dengan Keledek Chips
Jom sekali sekala ubah menu sarapan dengan humburger dan kerepek ubi keledek.
BAHAN-BAHAN
- Humburger:
- 250g daging hancur/cincang
- 150g taufu
- 1 cawan breadcrumbs (serbuk roti)
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 biji bawang besar – cincang
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak
- Sos Humburger:
- 1/2 cawan sos tomato
- 1/2 cawan sos tiram
- 1/2 cawan air
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam (boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)
- Kerepek Ubi Keledek:
- 1 biji ubi keledek
- Sedikit garam
- Parutan keju parmesan secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
- Bahan Hiasan:
- Tomato ceri
- Brokoli yang direbus
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan-bahan untuk humburger ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. Bahagikan kepada 5 bahagian. Buatlah bentuk humburger.
- Letakkan sedikit minyak di atas kuali. Goreng humburger sehingga masak. Seelok-eloknya gunalah kuali yang tak melekat.
- Campurkan semua bahan-bahan untuk sos. Kemudian masukkan ke dalam kuali yang diguna untuk goreng humburger tadi. Masak sehingga pekat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas humburger tadi.
- Untuk kerepek keledek pula. Bersih dan hiris keledek nipis-nipis. Goreng dalam minyak penuh sehingga rangup. Sejatkan minyak. Kemudian taburkan garam dan keju parmesan yang diparut.
- Akhir sekali letaklah humburger dan sosnya di dalam pinggan. Hiaslah dengan kerepek keledek, tomato dan brokoli.
- Jenis taufu yang digunakan dalam resepi ini:
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.