Honey Peanut Butter Cornflakes Bar

resepi adaptasi dari pelbagai sumber di internet :) Gambar tak comel sebab saya tak pandai ambil gambar…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Honey Peanut Butter Cornflakes Bar

resepi adaptasi dari pelbagai sumber di internet :) Gambar tak comel sebab saya tak pandai ambil gambar…

BAHAN-BAHAN

  • 7 – 8 cawan cornflakes
  • 1 cawan mentega kacang
  • 1 cawan madu
  • 1/2 cawan gula (kurangkan lagi kalau nak kurang manis)
  • Semi-sweet chocolate chips – ikut selera nak banyak mana, saya guna dalam 1 cawan (kot.. hehe). juga boleh tukar dengan chocolate spread.
  • Kacang – ikut selera juga. Saya guna badam cincang yg telah dipanggang, tak tahu la banyak mana, main bubuh je.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
CARA PENYEDIAAN
  • Mula2, griskan dulang berukuran 9 x 13 inci. Saya alaskan dulang tu dengan aluminum foil, lepastu griskan foil tu sebab nanti senang nak keluarkan.
  • Kemudian, masak madu, gula dan vanilla atas api yg kecil, sampai gula cair, dan mendidih sedikit. Boleh jugak masak dalam microwave, dalam 3 – 4 minit, tapi kacau setiap minit ye.
  • Tutup api, masukkan pula peanut butter. Kacau sampai smooooooth.
  • Masukkan cornflakes & kacang, kacau elok2. Boleh tambah lagi cornflakes kalau nampak adunan itu agak ‘basah’.
  • Taburkan cip coklat kat dulang tu. Sementera adunan tadi panas lagi, spread-kan nya ke dalam dulang tu.
  • Tekan2 bagi padat. Tip – griskan tangan/alat penekan tu masa nak tekan supaya dia tak lekat2.
  • Bila dah sejuk (tak payah sejuk sangat, nanti jenuh nak potong), terbalikkan atas papan pemotong, lalu, kita potong ikut besar mana nak. Kalau nak buat ala2 ‘granola/energy bar’, potong panjang2… Griskan juga pisau sedikit supaya tak lekat2 sangat.
  • Kalau tak nak potong2 ni, buat je macam cornflakes madu biasa, letakkan dalam mini paper cup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago