Homemade Turkish Apple Tea

sesuai diminum ketika ia panas atau sejuk

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Homemade Turkish Apple Tea

sesuai diminum ketika ia panas atau sejuk

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 caw 100% jus epal – dalam botol atau kotak
  • 1 uncang 100% teh hitam cina/chinese black tea
  • 2 sk gula – sesuaikan dengan rasa manis yang diinginkan
  • esen perisa sari epal (letak/tidak pun ok )
  • jus lemon – diperah beberapa titik (letak/tidak pun ok)
CARA PENYEDIAAN
  • letak uncang teh hitam cina ke dalam cawan dan tuang air panas mendidih masukkan terus air mendidih tadi ke dalam cawan, letak setengah cawan air panas mendidih sahaja, biar uncang teh hitam cina mengembang atau daun teh terendam selama 2-3 minit bagi mendapatkan teh pekat , tapis atau buang uncang teh itu, kemudian tuang ke dalam cawan yang sama atau cawan lain, letak 1-2 sudu teh gula atau cube gula, kacau hingga gula larut, kemudian campur dengan setengah cawan jus epal, jika perlu, anda boleh tambah lemon, dengan memerah beberapa titik yang diperlukan bagi menghasilkan air teh epal yang agak unik masam-masam manis dan diikuti dengan beberapa titis esen perisa epal bagi naik bau wangi teh epal tersebut, sedia dihidangkan panas mahu pun sejuk bergantung pada citarasa masing-masing .
  • Serbuk teh biasa tidak sesuai langsung buat air teh epal ini kerana rasanya kelat.
  • Sample chinese black tea ini seperti dalam box dalam gambar yang tertera diatas
  • harap maklum kepada sesiapa yang berminat, silalah jemput ke blog buruk saya yang tidak seberapa http//myaida-incrediblerecipes.blogspot.com disana adalah sedikit sebanyak resepi saya sendiri yang tidak seberapa, lain lain dan resipi myr yang banyak membantu, saya ingin mengambil kesempatan ini saya ingin memohon maaf pada semua tuan & puan punya resipi , minta dihalalkan apa-apa saja resipi yang saya ambil copy & paste, sebenarnya kesemua itu untuk rujukkan saya, tidak lebih dari itu, sekian terima kasih

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago