Takoyaki versi Malaysia :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Homemade Takoyaki

Takoyaki versi Malaysia :)

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN TEPUNG :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 300ml air
  • 1 sudu baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • Daun bawang & kobis diracik halus
  • BAHAN INTI :
  • Tako (nak senang, boleh beli siap kat Sushi Section Jusco)
  • **selain tako (sotong), boleh guna tuna dlm tin / dried scalop / ketam / udang dll. tapi dah tak jadi TAKOyaki lagi la..**
  • BAHAN HIASAN :
  • Seaweed (kepingan rumpai laut) – racik halus
  • Fish Flakes (boleh dapat kat bhgn makanan jepun di Jusco)
  • Mayonis
  • Sos Takoyaki (saya guna cili sos aje!)
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan untuk tepung. Pastikan ianya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Agak2 cair sikit aje dari adunan jemput-jemput.
  • Panaskan acuan takoyaki dengan sedikit minyak. Saya takde acuan takoyaki, so guna acuan kuih cara bentuk bujur. Hasilnya takoyaki saya bentuk telur! heee..!
  • Tuangkan adunan 3/4 penuh dalam dalam setiap acuan. Kemudian masukkan tako dan tunggu kejap sampai bhgn bawahnya masak.
  • Gunakan lidi untuk terbalikkan takoyaki supaya masak pada kedua2 bahagian atas dan bawah.
  • Keluarkan takoyaki yg siap dimasak. Taburkan seaweed , fishflakes, sos & mayonis. Sedia utk dihidang. Sedap dimakan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN