HOMEMADE PRETZELS

Tringin sgt nak makan yang auntie annie tapi kat sini xde so cari resepi n jumpa yang ni…SELAMAT MENCUBA….(untuk detail lagi blh jg tgk laura inthe kitchen)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

HOMEMADE PRETZELS

Tringin sgt nak makan yang auntie annie tapi kat sini xde so cari resepi n jumpa yang ni…SELAMAT MENCUBA….(untuk detail lagi blh jg tgk laura inthe kitchen)

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket yis
  • 4 cawan tepung serbaguna
  • 1 biji telur dicampur 1sudu makan air dan dipukul. (Untuk disapu atas pretzel sahaja)
  • 1 1/2 sudu teh Garam
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu makan mentega yang dicairkan.
  • Minyak sayur (untuk sapuan sahaja)
  • Garam laut (sea salt flakes) – untuk hiasan boleh juga guna gula atau serbuk kayu manis..boleh didapati di kedai peralatan kek.
  • 6 cawan air + 1/3 cawan doda bikarbonat dimasak atas dapur sehingga mendidih.
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama 5 minit tanpa dikacau.
  • Setelah 5 minit…masukkan tepung serbaguna 1 demi 1 pada kelajuan yang rendah (minimum) di selang selikan dengan mentega yang telah dicairkan.
  • Uli dengan pemutar kek selama 7 minit. Jika diuli dengan tangan doh perlu diuli selama 10 ke 15 minit.
  • Siap diuli..sapukan minyak sayuran pada mangkuk yang bersih..ambil doh dan bentukkan menjadi bulat. Letak dlm mangkuk n sapukan minyak sayuran ats doh spaya permukaannya licin..
  • Tutup dgn plastik kedap udara selama 1 jam di kawasan yang tidak sejuk/lembab. (Suhu bilik)
  • Bahagi doh kepada 2 bahagian. Setiap 1 bahagian dibahagikan menjadi 6 ketulan kecil.
  • Uli memanjang menjadi seperti tali dan bentukkan menjadi huruf ‘U’. Ambil hujung doh bawa ke bawah dan tekan hujungnya..ulangi langkah ni hingga semua doh siap.
  • Di atas dapur : didihkan air yang dicampur soda bikarbonat.. setelah air mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi 1 demi 1 selama 30saat dan angkat dengan spatula.
  • Sapu dulang pembakar dengan minyak sayuran.. susun atas tray.
  • Sapukan telur pada setiap doh n taburkan sea salt atau serbuk kayu manis..terpulanglah…garam biasa pon blh jg… Bakar pada suhu 180celcius selama 10 -15 minit..
  • Biar pretzel menjadi warna keperangan baru diangkat.. biar seketika lebih kurang 3 -5 minit sblum dihidangkan…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago