Homemade Marshmallow

Terbukti halal lagi suci. =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Homemade Marshmallow

Terbukti halal lagi suci. =)

BAHAN-BAHAN

  • 3/4 cawan air
  • 2 cawan gula
  • 3 sb gelatin
  • 2/3 cawan corn syrup or golden syrup
  • 1 sb essen vanila
  • Pewarna
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan 1/2 cawan air dan serbuk gelatin di dalam mangkuk besar. Biarkan selama 10 minit supaya gelatin larut di dalam air.
  • Masukkan 1/4 cawan air, gula dan golden syrup ke dalam periuk. Panaskan kesemua bahan sehingga mendidih atau suhu mencapai 120 darjah celcius.
  • Pukul gelatin dengan mixer sambil tuang perlahan2 air gula. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan likat serta naik 2 kali ganda. Anggaran masa selama 15-20 min. Pastikan adunan betul2 pekat dan likat untuk mendapatkan hasil yang bagus.
  • Masukkan essen vanila dan juga sedikit pewarna yang disukai.
  • Gris kan baking pan, dan taburkan sedikit gula icing
  • Tuangkan adunan di dalam baking pan. Biarkan marshmallow membeku selama 12 jam, atau masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Kemudian, potong mengikut saiz yang di ingini.
  • Marshmallow boleh disimpan didalam bekas kedap udara supaya lebih tahan lama. Selamat mencuba!
  • Tips : Taburkan gula halus semasa memotong marshmallow supaya tidak melekat. Ni adalah contoh golden syrup yang digunakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago