Homemade Korean Knife Cut Noodles

tanpa pewarna..tak perlu pakai mesin mee,potong dengan pisau ja..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Homemade Korean Knife Cut Noodles

tanpa pewarna..tak perlu pakai mesin mee,potong dengan pisau ja..

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air masak (jangan pakai air paip,nanti kembung perut)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak masak (untuk celur mee)
CARA PENYEDIAAN
  • campurkan semua bahan (kecuali minyak masak) ke dalam food processor dan uli selama 10 minit sampai jadi doh.(nak uli pakai tangan pun boleh jugak)
  • keluarkan doh dan uli sikit pakai tangan.pastu bahagikan 2.
  • gelekkan guna penggelek sehingga agak2 nipis.
  • taburkan tepung kat atas doh supaya tak melekat.
  • lipat doh yang dah digelek.pastikan bahagian yang pendek menghadap anda.caranya sama macam gulung kek gulung tapi lipat jangan gulung.
  • setiap kali nak lipat tabur tepung kat atas kawasan nak lipat tu supaya tak melekat.
  • dah abeh lipat potong dari hujung sampai hujung.potong bagi jadi macam dalam gambaq nih.(ikutlah nak potong besaq mana)
  • didihkan air dalam periuk.masukkan minyak masak tadi.pastikan air betol2 mendidih.masukkan mee tadi.gaul-gaulkan/kaup-balikkan mee dalam air mendidih dah agak masak angkat dan tos.jangan gaul dengan minyak lepas tos macam wat mee kuning.(makanlah dengan sehat)
  • dah boleh makan..tapi boleh makan dengan berkuah ja tau..sup ka kuah apa2 ka..nak goreng pun takpa tapi takot putus lah.
  • tahan 2ari ja..maklumlah tak dak pengawet.kalo tak abeh simpan lam peti ais.pastu esok celur balik dalam air panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago