Belajar dari mak mentua. Resepi ringkas, menyihatkan dan sedap untuk dicuba.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Herbs-n-Tomato-Sauce Spaghetti
Belajar dari mak mentua. Resepi ringkas, menyihatkan dan sedap untuk dicuba.
BAHAN-BAHAN
- 500 gram daging cincang (atau apa-apa jenis daging yang disukai)
- 2 biji bawang besar – potong kiub
- 1 tin puri tomato atau 2 biji tomato segar – potong kiub
- 3/4 mentega,
- 4 sudu cili kisar
- 4 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 cawan sos spaghetti (jika suka)
- 1 cawan sayuran campuran, lobak merah, cendawan, lada benggala atau apa-apa sayuran yang disukai
- 1/2 sudu Italian herbs (campuran herba Itali)
- 1/2 sudu daun Rosemary
- 1/2 sudu daun Oregano
- 2 sudu gula,
- Garam secukup rasa
- Tepung jagung – jika suka
- Air
- Keju parmesan (Kraft) yang diparut
CARA PENYEDIAAN
- Basuh spaghetti dan lembutkannya di dalam kuali bersama garam dan air.
- Kemudian, angkat spaghetti dan toskan.
- Cairkan mentega dan tumis bawang bersama cili sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan pula tomato atau puri tomato, sos tomato, sos cili, sos spaghetti, daging cincang dan secawan air. Masak daging sehingga separuh masak.
- Selepas itu, masukkan pula campuran herba Itali, oregano, rosemary dan tepung jagung (yang dibancuh bersama sedikit air) untuk pekatkan kuah. Biarkan seketika di atas api yang perlahan sehingga daging betul-betul empuk.
- Boleh la masukkan sayuran, garam dan gula. Bila lobak dah cukup lembut, boleh tutupkan api.
- Ambil spaghetti tadi dan letakkan di dalam mangkuk berasingan. Tuang kuah/sos di atasnya. Taburkan keju yang diparut tadi dan sedia untuk dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.