Bagaimana cara nak masak Haruan Tumis Asam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Haruan Tumis Asam

Bagaimana cara nak masak Haruan Tumis Asam?

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan haruan (Dibersihkan, dipotong 2, dan dikelar) 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia  (Dihiris)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 3 biji cili api (Dihiris)
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. 
    2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga masak. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan. 
    3. Asingkan minyak masak dan tumiskan semua bahan yang dihiris. 
    4. Apabila layu, masukkan bancuhan air asam jawa dan serbuk kunyit. Masakkan sehingga mendidih. 
    5. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, tomato, dan bawang besar. Kemudian kacau rata. 
    6. Taburkan daun bawang dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN