Gulai Taucu

Ada rasa masam, manis dan masin. Sedap hirup kuahnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 30min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Taucu

Ada rasa masam, manis dan masin. Sedap hirup kuahnya.

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan kembung.
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1/2 batang timun
  • sedikit kunyit
  • sedikit air asam jawa
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan kembung. Potong dua dan kunyitkan serta goreng garing.
  • Potong timun seperti hendak buat acar, iaitu panjang-panjang, bahagian tengah dibuang. Belahkan cili tetapi jangan sampai putus. Bawang besar dibelah 4.
  • Panaskan 2 sudu minyak. Tumiskan bawang putih dengan halia.
  • Masukkan taucu. Kacau dan biarkan garing sedikit. Masukkan sedikit serbuk kunyit serta kacau.
  • Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Masukan timun, cili dan bawang. Rasa masinnya.
  • Akhirnya, masukkan ikan goreng dan biarkan mendidih baru padamkan api.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago