Gulai Lemak Jantung Pisang

masakan tradisi orang kampung…menyelerakan!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Lemak Jantung Pisang

masakan tradisi orang kampung…menyelerakan!!!

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji jantung pisang besar
  • 1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)
  • 7 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • seketul belacan
  • segengam ikan bilis
  • seketul kunyit hidup
  • sebatang serai & secarik daun kunyit
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam. Dibersihkan dan tos.
  • Cili kering ditumbuk lumat dan masukkan kunyit hidup, tumbuk lagi. Masukkan belacan lumatkan dan bawang besar serta ikan bilis dtumbuk, kemudian serai dititik dalam lesung batu.
  • Bahan tumbuk tadi dimasukkan dalam periuk serta jantung pisang dan santan cair. Jerang di atas api sambil dikacau.
  • Hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, daun kunyit , garam dan kacau supaya tidak berketul.
  • Siap dihidangkan dengan nasi lauk ikan goreng panas-panas…sedap…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago