Project Description

1985-1989…sebelum jadi OKU slalu makan kt kedai yang masak lauk camni di Jalan Kilang, PJ old town…masa tu lauk ni rm1.80 skali dgn nasik..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai kembong goreng

1985-1989…sebelum jadi OKU slalu makan kt kedai yang masak lauk camni di Jalan Kilang, PJ old town…masa tu lauk ni rm1.80 skali dgn nasik..

BAHAN-BAHAN

  • 7 ekor ikan kembung sederhana besar.
  • 1 pek santan segar 500gm=rm2.50
  • 10 biji cili api ditumbuk.(jangan pedas sangat-tak best)
  • 1 batang lobak merah.(pilihan)
  • 4 ulas bawang besar dihiris bulat2 atau memanjang.(kemestian)
  • 6 biji lada besar hijau.(hiris suka hati-pilihan nak bagi cantik gulai)
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan bahan perisa(tok aji).
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit atau 1 inci kunyit hidup ditumbuk sekali dengan cili api.
CARA PENYEDIAAN
  • Bismillah, Ikan kembung dilumurkan dengan serbuk kunyit sedikit dan digoreng agak2 garing(jangan terlampau-tak best). Kalau ikan besar sila potong dua…gambar diatas sekor2 sebab nak imbas kembali nostalgia 25 taun nan lalu.
  • Sila guna kuali untuk menggulai sebab senang nak kacau. Masukan santan segar dan segelas air kedalam kuali kemudian cili api yang ditumbuk serta kunyit atau serbuk kunyit. Masak sehingga menggelegak sambil kacau supaya tak pecah lemak.
  • Kemudian baru masukan lobak yang sudah dipotong memanjang atau bulat (terpulang)….bagi ia merenih sebentar baru masukan bawang besar, cili hijau, garam dan bahan perisa alias tok aji.
  • Jangan lupa asam keping..sebab hamba sendiri pun lupa nak soh masukan asam keping..nanti tak best lak…las sekali baru masukan ikan kembung goreng tadi. Bagi ia menggelegak sekejap sambil curah2kan kuah atas ikan. Jangan kacau nanti hancur ikan…siap dan bolih lah dihidangkan.
  • Secara peribadi hamba amat suka gulai ini..4 taun duk makan kat kedai makcik ni..disebabkan gulai ini mendapat sambutan hangat pelangan maka makcik ni siap siap bubuh dalam piring sekor2 gulai ni supaya senang pelangan ambil..bayangkan ada lebih 30 piring terpamir kat kedai makcik ni…so bila ambil nasik terus capai piring lauk….dan biasanya hamba capai 2 piring sekali siap nasik tambah…punyo lah sodap! cayo lah cakap den. Nostalgia……

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.