Gulai kari ayam

resepi mak mertua, cubalah….sedap hingga menjilat periuk!!! terangkat abih!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai kari ayam

resepi mak mertua, cubalah….sedap hingga menjilat periuk!!! terangkat abih!

BAHAN-BAHAN

  • ayam 1/2 ekor – dicuci terlebih dahulu dengan asam keping dan garam. perap lebih kurang 10 minit utk hilangkan bau hanyir
  • 1 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 1 inci halia – dimayang halus
  • daun kari 2 tangkai – dibuang tangkai terlebih dahulu
  • rempah kari 3 sudu – jadikan pes, bancuh rempah kari dengan segelas air
  • santan 1/2 biji (saya suka guna sedikit sahaja santan untuk menambahkan rasa kari)
  • asam keping, secubit garam & gula
  • kisar 7 tangkai lada kering (ikut suka nak pedas atau tak)
  • 2 biji kentang
CARA PENYEDIAAN
  • tumiskan bahan yang dimayang dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau
  • kemudian, masukkan pes kari bersama dengan cili kering yang dikisar. tunggu sehingga rempah kari betul-betul masak. sekiranya kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar kari tidak hangit. tunggu sehingga kari/cili masak
  • masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut
  • masukkan santan, asam keping & secubit garam
  • tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago