kegemaran famili. Old version & traditional-dalam periuk tanah. memang best, ada kelainannya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai ikan utaqha

kegemaran famili. Old version & traditional-dalam periuk tanah. memang best, ada kelainannya.

BAHAN-BAHAN

  • 6-7 ekor ikan kembung (@ sebarang ikan yang sesuai di buat kari)
  • 1 peket kecil rempah kari ikan
  • 10 batang bendi (di celur dengan air mendidih yang telah dicampur satu sudu minyak)
  • 5 ulas bawang merah } ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih } ditumbuk
  • 2 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 senduk minyak masak
  • air asam jawa
  • santan – dari 1/2 biji kelapa
  • *bahan tambahan * (menyedapkan & menaikkan aroma)
  • 1 sb jintan manis – ditumbuk
  • seulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah & bawang putih yang ditumbuk. masukkan daun kari & halba campur hingga naik bau.
  • masukkan rempah kari, kacau sekejap & terus masuk sedikit air (jangan lama nanti hangus). Masukkan air asam jawa.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan pati santan dan tunggu lagi sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan santan cair. Bila dah mendidih, masukkan ikan.
  • bila ikan dah hampir masak, masukkan jintan manis & seulas bawang putih kedalam gulai. Biar sekejap, masukkan bendi. Tutup api. Siap!
  • p/s : Gulai ni kalau makan dengan roti @ roti canai keesokan harinya, memang ummphh….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN