Masakan org N9, mmg mudah untuk menyediakannya..kalau x nak makan dengan nasi buat cicah dgn roti/ cekodok/lempeng pun sedap..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

GULAI AYAM MASAK LOMAK CILI API

Masakan org N9, mmg mudah untuk menyediakannya..kalau x nak makan dengan nasi buat cicah dgn roti/ cekodok/lempeng pun sedap..

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor – potong 16, bersihkan dan gaulkan dengan serbuk kunyit sedikit
  • Bahan2 yg bertanda * untuk dikisar:-
  • * 5 ulas bawang merah kecil
  • * 1 ketul kecil kunyit hidup/ 1 s/k serbuk kunyit – secukupnya lah yer…
  • * 1 genggam cili api kampung- x tahan leh kurangkan yer
  • * 2 batang serai- 1 blender, 1 diketuk
  • * 2 inci Halia
  • 2 biji kentang – belah 4/ biji
  • 1 biji tomato – belah 4
  • garam secukup rasa
  • 1 kotak santan segera
  • air secukupnya- kalau boleh sehingga menutupi paras ayam dalam periuk
  • 2 keping asam keping
  • ~ kebiasaan org N9 masak gulai mmg x lotak bawang putih yo.. ado tu langsung x lotak bawang pun… tp cikna mmg suko lotak bawang bagi manis sikit… yg tomato tu untuk hiasan jer…biaso ehh org x lotak pun.. kalau gulai ikan br den lotak mmg sodap.
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan ayam, bahan blender, santan, serai yang dititik tadi, 2 keping asam keping, air secukupnya kedalam periuk, didihkan dengan api biasa sehingga mengeleggak. Kacau sentiasa yer supaya santan x pecah minyak.
  • Kemudian boleh masukkan kentang, kacau sebentar masak shgg empuk,br masakkan tomato tadi masak sekejap lagi. last sekali bolehlah dimasukkan garam secukup rasa.
  • Apabila ayam dah masak kentang lak dah empuk rasa dah cukup rasa bolehlah tutup api dan bolehlah makan dgn nasi panas, ikan goreng, ulam2 sikit emm mmg terangkat..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN