Gulai Ayam Dan Nangka Muda

Resipi warisan orang Melayu lama.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Ayam Dan Nangka Muda

Resipi warisan orang Melayu lama.

BAHAN-BAHAN

  • 500 g nangka muda, kupas dan celur dengan sedikit garam. Toskan.
  • 1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 2 camca besar kerisik
  • 1 biji kelapa parut, ambil 500 ml pati santan dan 1 liter santan cair
  • 2 keping asam
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam dan serbuk perasa (jika suka)
  • Bahan kisar:
  • 10 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 3 keping hirisan nipis lengkuas
  • 10 biji cili padi
  • Bahan lain:
  • 3 tangkai daun kari*
  • 4 biji bawang merah, dihiris*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris*
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 5 kuntum bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 2 camca besar serbuk kari ayam/daging
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar halus semua bahan dikisar dan bancuh bersama rempah kari. Ketepikan.
  • Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bahan bertanda (*) hingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  • Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam sedikit kecut, masukkan nangka, gaul lagi. Masukkan santan cair dan biar mendidih.
  • Masukkan kerisik, asam keping, gula melaka, garam dan serbuk perasa (jika suka). Bila mendidih, tuang pati santan dan biar mendidih sambil terus mengacau kurang lebih 4 – 5 minit.
  • Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan juga “bendi kukus” yang meletup tu, pengsan selepas makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago