Gula Berwarna – Untuk hiasan biskut

Gula berwarna ni cantik & sesuai ditaburkan pada ising biskut; contohnya di atas royal ising… Bahan-bahan yg diperlukan sangat mudah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gula Berwarna – Untuk hiasan biskut

Gula berwarna ni cantik & sesuai ditaburkan pada ising biskut; contohnya di atas royal ising… Bahan-bahan yg diperlukan sangat mudah.

BAHAN-BAHAN

  • Gula Caster
  • Kantung Plastik
  • Pewarna (jenis cecair) – ikut suka
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan beberapa sudu makan gula caster ke dalam kantung plastik secara berasingan.
  • Titikkan pewarna & adunkan pewarna tersebut sehingga gula & warna menyatu (seperti dalam gambar di atas). Picit2 saja & goncangkan sedikit plastik bag supaya warna menyatu.
  • Tone warna mengikut kehendak memasing – jika hendak terang, tambahkan pewarna.
  • Akhir sekali, biarkan gula yg sudah berwarna dalam beberapa jam sebelum digunakan – jgn disimpan terus ke dalam container – supaya gula tidak keras & berketul.
  • Cara menggunakan gula berwarna ini = selepas mengukir biskut di atas pinggan dengan ising (royal ising yg sudah diwarna & sebelum ising mengeras) gula warna ini bolehlah ditabur. Goyangkan sedikit biskut. Mana-mana gula yg tidak terkena pada ising akan jatuh & boleh disimpan semula.
  • Gula berwarna ini juga sesuai digunakan utk menghias butter cream pada cupcakes. Selamat Mencuba ; )

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago