Kuih Thai Kelantan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Getuk Ubi Berinti

Kuih Thai Kelantan

BAHAN-BAHAN

  • 600 gram ubikayu dikupas dan dibersihkan
  • 50 gram gula halus
  • 3 sdm susu tepung (optional)
  • 1 sdm margarin cair
  • 1/2 sdt garam
  • 2-3 titis pewarna merah/kuning
  • 1/4 biji kelapa parut putih, dikukus (optional)
  • Inti
  • 150 gram kacang hijau kupas
  • 300 gram kelapa parut putih
  • 50 gram gula pasir
  • 1/4 sdt garam
  • Hiasan: bijan putih secukupnya disangai (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Kukus ubikayu hingga masak, angkat dan buang seratnya. Lecek dengan garpu hingga hancur kemudian ditumbuk ketika masih panas hingga halus. Tambahkan gula, susu tepung, margerin cair, kelapa parut dan garam, tumbuk lagi hingga rata.
  • Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu merah dan satu bahagian lagi berwarna kuning, ketepikan.
  • Inti: Cuci kacang hijau kupas, rendam selama 30 minit, toskan. Kukus kacang hijau dan kelapa parut secara berasingan hingga kacang hijau empuk (15 minit) Angkat. Campur kacang hijau, kelapa parut, gula dan garam, gaul rata.
  • Ambil satu bahagian adunan ubikayu, gelek di antara 2 helai plastik hingga setebal 1/2 cm. Tekan dengan acuan bulat dan letak satu sudu teh inti ditengahnya. Lipat adunan separa bulatan (bulan sabit) tekan sedikit tepinya supaya inti tak terkeluar. Buat hingga habis.
  • Untuk hiasan, taburkan dengan bijan.
  • Getuk ubi ini boleh juga digoreng dengan menyalutnya dengan tepung.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN