Nama asal German Cookies atau biskut kentang ialah Schneeflöckchen-plätzchen

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

German Cookies a.k.a Schneeflöckchen-plätzchen

Nama asal German Cookies atau biskut kentang ialah Schneeflöckchen-plätzchen

BAHAN-BAHAN

  • Mentega 150g
  • Gula ising 50g
  • Tepung ubi kentang (potato starch) 150g *terdapat di kedai baking dan hypermarket
  • Tepung gandum 100g
  • Optional/pilihan: Esen vanila, jus lemon, serbuk koko, pewarna, hiasan: gula manik, tinted sugar, dll
CARA PENYEDIAAN
  • Lembutkan mentega pada suhu bilik. Campur mentega dan gula ising, kemudian pukul sehingga sebati.
  • Satukan tepung kentang dan tepung gandum, kemudian ayak. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega dan gula.
  • Uli adunan sehingga menjadi doh. Sekiranya adunan lembik, simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit atau tambahkan tepung.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola kecil. Tekan bebola dengan belakang garfu sehingga separa leper.
  • Bakarkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15minit (bergantung pada oven masing-masing). Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN