Gerang Asam

Nama lain bagi masakan ini ialah Asam Pedas Daging… Daging yg sesuai ialah daging tetel (yg berlemak2 sket tu)… Masakan org Melaka. Kadang2 ade dihidangkan semasa kenduri kendara

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gerang Asam

Nama lain bagi masakan ini ialah Asam Pedas Daging… Daging yg sesuai ialah daging tetel (yg berlemak2 sket tu)… Masakan org Melaka. Kadang2 ade dihidangkan semasa kenduri kendara

BAHAN-BAHAN

  • 600 gram daging tetel (daging yg berlemak sket)
  • Sebiji bawang besar (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • seinci halia (ditumbuk)
  • seinci lengkuas (ditumbuk)
  • 2~4 batang serai (diketuk-kalau kecik letak 4)
  • 4 helai daun limau purut
  • sehelai daun kunyit
  • Cili kering (bila dah blend jadi 500ml kat belnder tu~4 senduk besar)
  • 1 senduk besar minyak masak
  • 250 ml air asam jawa (drpd segenggam biji asam jawa)
  • 1 sudu teh biji ketumbar, lada hitam, jintan putih, jintan manis dan sebiji buah keras(disangai dan tumbuk kasar)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak masak, tumis bahan2 yg telah ditumbuk seperti bwg besar, bwg putih, halia dan lengkuas. Masukkan sekali serai yg telah diketuk dan juga rempah ratus yg telah ditumbuk.
  • Setelah bahan2 tumis naik bau, masukkan pula cili kering yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit.
  • Masukkan daging yg telah dibasuh bersih dan biarkan sehingga kering air daging. Jika daging masih belum empuk, campurkan 1 liter air. Biarkan sehingga air menjadi setengah daripada tadi. (menggunakan api yg kecil)
  • Setelah daging empuk, baru la masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Masakkan ini rasanya masam2 pedas dan juga kuahnya pekat. Jadi semasa memasak selalu la merasanya tahap masamnya ye…
  • Setelah siap, boleh dihidangkan dengan nasi panas, ulam2, telur asin dan sambal belacan. Selamat Menjamu Selera :-)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago