GERANG ASAM (ASAM PEDAS DAGING)

Resepi daripada mak.. (kalau ada lebihan lauk ni, boleh cicahkan dengan lempeng, roti atau cekodok)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

GERANG ASAM (ASAM PEDAS DAGING)

Resepi daripada mak.. (kalau ada lebihan lauk ni, boleh cicahkan dengan lempeng, roti atau cekodok)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo daging tetel (dibersihkan)
  • 4 batang serai (diketuk), 5 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1 sudu besar kunyit serbuk atau 1 inci kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 2 senduk chili mesin
  • 10 -15 biji lada hitam (ditumbuk halus)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 4 ulas bawang merah (diketuk)
  • sekeping kelapa (dibakar hangus, dikikis yg hitam2 tu, dan diketuk) masukkan semasa lauk tengah mendidih-harum bau kelapa tu akan membuat kuah menjadi sedap
  • minyak untuk menumis
  • asam jawa,garam dan serbuk perisa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, lada hitam, kunyit, lengkuas, halia, daun limau purut dan serai. Tumis hingga wangi.
  • Masukkan cili dan goreng hingga garing. Masukkan air asam jawa. (Masukkan air asam jawa secawan dulu, lepas tu biarkan mendidih sekejap, supaya naik minyak) lepas tu perah lah lagi air asam sehingga menjadi 5 cawan
  • Tunggu sehingga mendidih dan masukkan daging tetel. Biarkan ia mereneh hingga daging lembut dan masukkan garam, serbuk perasa dan sekeping kelapa yg telah di bakar td.
  • *kuah biar lebih sedikit supaya daging dapat mereneh lebih lama. kuah jgn terlalu pekat atau terlalu cair.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago