Frozen Cheese Cake

Resepi mudah untuk cheese cake. Sejuk beku. Tak perlukan ketuhar.

Masa penyediaan:
Adunan – 1/2 jam
Sejuk beku 1-2 jam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Frozen Cheese Cake

Resepi mudah untuk cheese cake. Sejuk beku. Tak perlukan ketuhar.

Masa penyediaan:
Adunan – 1/2 jam
Sejuk beku 1-2 jam

BAHAN-BAHAN

  • Untuk asas kek (base):
  • 10 keping biskut oat Quaker Oats
  • 10 keping biskut Tiger ‘BisKuat’
  • 45 gram mentega (butter)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Untuk kek:
  • 225 gram cream cheese
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 30ml jus lemon
  • 120 ml krim putar pekat (heavy whipping cream)
  • Untuk hiasan:
  • Hirisan buah-buahan segar secukupnya (pilihlah strawberi, pic, longan atau apa saja mengikut selera anda)
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk penyediaan asas kek:
  • Tumbuk/ kisar biskut Quaker Oat dan biskut Tiger hingga hancur
  • Campurkan biskut yang dihancurkan tadi dengan mentega dan gula dalam sebuah mangkuk. Gaul sebati.
  • Tekankan adunan biskut hancur tadi ke dalam pan 9 inci membentuk satu lapisan asas (crust). Pastikan lapisan itu sama rata. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Untuk penyediaan kek:
  • Pukul cream cheese, gula dan jus lemon di dalam sebuah mangkuk
  • Di dalam sebuah mangkuk lain, pukul whipping cream selama 20 saat dan campurkan ke dalam adunan cream cheese. Pukul hingga sebati dan gula hancur.
  • Keluarkan pan kek dari dalam peti sejuk dan tuangkan adunan kek ke dalam pan. Pastikan lapisan adunan dibahagi rata.
  • Hiaskan kek dengan hirisan buah-buahan segar dan masukkan kek ke dalam ruang sejuk beku ditutup dengan foil, sekurang-kurangnya untuk 1 jam.
  • Keluarkan kek dari ruang sejuk beku dan letakkan di ruang peti sejuk 1/2 jam sebelum dihidang. Apabila dihidang, makan secepat mungkin kerana kek akan mencair. Simpan lebihan kembali ke ruang sejuk beku ditutup dengan foil.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago