French Macarons

Resipi ini menggunakan French Method

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

French Macarons

Resipi ini menggunakan French Method

BAHAN-BAHAN

  • 150g Putih Telur

    **Asingkan putih telur dan simpan dalam peti sejuk sekitar 4-5 hari. Keluarkan pada hari anda ingin membuat macarons dan biarkan pada suhu bilik.

  • 100g Gula Caster
  • 180g Serbuk Almond
  • 270g Gula Icing
  • Secubit Cream Tartar
CARA PENYEDIAAN
  • Ayakkan serbuk almond dan gula icing.
  • Putar putih telur dan secubit cream tartar sampai bertanduk. Masukkan gula caster dan putar sampai gebu dan bertanduk. Bila angkat pemutar, putih telur tadi tak jatuh.**Jangan terlebih putar, ia boleh menyebabkan macarons anda pecah semasa dibakar.
  • Masukkan pewarna.**Putar sekejap sahaja. Bila dah rata berhenti putar.
  • Ambil serbuk almond & gula icing yang diayak tadi (No.1) dan masukkan ke dalam bekas putih telur yang telah diputar tadi secara berperingkat.**Dalam 4 kali dengan cara kaup balik menggunakan spatula atau sudip kayu.
  • Masukkan dalam piping bag dan pipekan bentuk bulat atas kertas pembakar di atas dulang.
  • Biarkan macarons rehat selama 45 minit.**Biarkan permukaan macarons kering sebelum dibakar, bila disentuh permukaannya agak keras dan tidak melekat pada tangan.
  • Sebelum bakar, pre-heat oven 160ºC selama 10 minit.
  • Bakar macarons dalam 10 minit – 160ºC.**Bergantung kepada saiz macarons dan juga jenis oven. Jika saiz macarons kecil, kurangkan masa membakar.
  • Biarkan macarons sejuk sebelum anda angkat dari kertas pembakar.
  • Untuk resepi Salted-Caramel filling (inti) klik
    sini
  • TIPS

    **Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons.

    **Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa.

    **Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi.

  • PERINGATAN

    **Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.

  • MACARONS

    **Kurang Masak

  • **Suhu Terlampau Panas

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago