Resipi ini menggunakan French Method
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
French Macarons
Resipi ini menggunakan French Method
BAHAN-BAHAN
- 150g Putih Telur
**Asingkan putih telur dan simpan dalam peti sejuk sekitar 4-5 hari. Keluarkan pada hari anda ingin membuat macarons dan biarkan pada suhu bilik.
- 100g Gula Caster
- 180g Serbuk Almond
- 270g Gula Icing
- Secubit Cream Tartar
CARA PENYEDIAAN
- Ayakkan serbuk almond dan gula icing.
- Putar putih telur dan secubit cream tartar sampai bertanduk. Masukkan gula caster dan putar sampai gebu dan bertanduk. Bila angkat pemutar, putih telur tadi tak jatuh.**Jangan terlebih putar, ia boleh menyebabkan macarons anda pecah semasa dibakar.
- Masukkan pewarna.**Putar sekejap sahaja. Bila dah rata berhenti putar.
- Ambil serbuk almond & gula icing yang diayak tadi (No.1) dan masukkan ke dalam bekas putih telur yang telah diputar tadi secara berperingkat.**Dalam 4 kali dengan cara kaup balik menggunakan spatula atau sudip kayu.
- Masukkan dalam piping bag dan pipekan bentuk bulat atas kertas pembakar di atas dulang.
- Biarkan macarons rehat selama 45 minit.**Biarkan permukaan macarons kering sebelum dibakar, bila disentuh permukaannya agak keras dan tidak melekat pada tangan.
- Sebelum bakar, pre-heat oven 160ºC selama 10 minit.
- Bakar macarons dalam 10 minit – 160ºC.**Bergantung kepada saiz macarons dan juga jenis oven. Jika saiz macarons kecil, kurangkan masa membakar.
- Biarkan macarons sejuk sebelum anda angkat dari kertas pembakar.
- Untuk resepi Salted-Caramel filling (inti) klik
sini - TIPS
**Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons.
**Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa.
**Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi. - PERINGATAN
**Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.
- MACARONS
**Kurang Masak
- **Suhu Terlampau Panas
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.