Kek perkahwinan/hantaran dri fondant

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fondant Wedding Cake

Kek perkahwinan/hantaran dri fondant

BAHAN-BAHAN

  • Fondant Icing
  • 1 1/2 kg gula ising – (di ayak 2 kali)
    100ml air
    2 sudu besar halal gelatin (direndam selama 4 jam)
    2 sudu besar glycerin
    1 sudu besar liquid glucose/sirap jagung
    1 sudu kecil esen badam/vanila (optional)
    2 sudu besar shortening/krimwell
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam gelatin dengan air sekurang-kurangnya selama empat jam.
  • Kemudian cairkan menggunakan double boil sehingga gelatin menjadi jernih. Masukkan glukos, shortening kacau rata. Angkat dan biarkan suam seketika.
  • Masukkan 1kg gula ising di dalam mixer. Buat lubang di tengahnya kemudian tuangkan campuran gelatin tadi. Masukkan gliserin, gaul rata dengan speed perlahan.
  • Keluarkan dari mixer dan uli doh bersama 1/2kg lagi gula ising. Sapu sedikit shortening pada tangan dan uli sehingga mendapat tekstur yg lembut spt plastisin.
  • Bungkus fondant dengan plastik wrap dan simpan di dalam bekas kedap udara. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk, keluarkan defrost dulu, dan uli semula dengan sedikit gula ising dan shortening hingga lembut.
  • Sediakan kek untuk dibalut (kek yang paling sesuai kek buah atau kek butter kek dri jenis sponge tidak sesuai, Ambil kek dan sapu tipis dengan jem yg dipanaskan atau buttercream
  • Tabur papan canai dgn gula ising atau tepung jagung dan gelek doh setebal 1/2cm dan lebar mengikut saiz kek yang hendak dibalut. Seeloknya ukur dulu kek tersebut
  • Untuk mengalih doh ke atas kek, gulung doh dengan kayu canai dan angkat ke atas kek, biar meliputi seluruh kek
  • Kemudian ratakan dengan tangan doh tadi sehingga licin balutannya
  • Potong lebihan doh di bawah kek
  • Boleh lah dihias dengan bunga gum paste yang siap dibeli atau boleh buat sendiri
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN