Fish N Chip simple

masa buat 30 minit sahaja. senang dan mudah. save bajet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fish N Chip simple

masa buat 30 minit sahaja. senang dan mudah. save bajet.

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping fish fillet yang segera. beli yang frozen punya. saya guna jenama CB, Tempura fish fillet. harga RM6.30 sebungkus.
  • **salad :
    mix vege (tak ada tak apa. letak untuk bagi salad ‘meriah’ dengan warna warni sahaja)
    salad.
    timun(potong dadu)
  • brokoli. **tak guna tak apa. untuk meriahkan fish n chip sahaja
  • Potato wedges(beli yang frozen punya. **nak guna potato biasa boleh jugak.
  • mayonis
  • garam, gula
  • cuka epal.**guna cuka biasa boleh jugak. jika tiada cuka, boleh ganti dengan asam limau.
  • lada sulah. saya guna AJI Shio.
  • bawang besar. dicincang halus-halus
  • daun parsley. **jika tiada tak apa.
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng fish fillet dengan api sederhana sehingga kekuningan.
    ni gambar fish fillet yang saya gunakan.
  • untuk buat salad : gaulkan kesemua **salad dengan mayonis. letakkan garam sedikit dan juga gula dan tabur lada sulah di atasnya. **jika ada sos salad thousand island, boleh juga dicampur di dalam salad. untuk ada rasa masam, letakkan sesudu cuka epal.
  • rebus brokoli separuh masak. cara merebusnya: masukkan sesudu minyak ke dalam air rebusan. apabila air menggelegak, barulah masukkan brokoli.
  • goreng potato wedges sehingga masak.
  • sos tartar untuk dicicah dengan fish fillet :
    campurkan 3sudu meyonis, bawang besar cincang, gula,garam dan daun parsley, lada sulah dan 3sudu cuka epal. gaulkan kesemua.
  • selesai, bolehla hias fish n chip seperti di atas. taburkan dengan lada sulah di atas salad, brokoli dan potato wedges.
    nyummy.. sedaap..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago