Diambil dari majalah “Delicious” keluaran Jun 2007. Hehe baru lagi ni =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fettuccine With Ratatouille

Diambil dari majalah “Delicious” keluaran Jun 2007. Hehe baru lagi ni =)

BAHAN-BAHAN

  • 80 ml minyak zaitun (guna minyak biasa pun boleh)
  • 1 biji terung – dipotong kiub
  • 2 biji zucchini – dipotong kiub (boleh ganti dengan lada benggala)
  • 2 biji bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1/3 cawan daun parsli – dihiris kasar
  • 3 keping filet ikan bilis – dipotong (saya ganti dengan dada ayam yang dihiris)
  • 400 g tomato ceri dalam tin
  • 250 g tomato ceri
  • 1 biji cili kering – dicarik-carik
  • Segenggam zaitun hitam – dihiris
  • 2 sudu besar cuka balsam (‘balsamic vinegar’)
  • 400 g pasta ‘fettuccine’
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak di dalam kuali yang sederhana panas. Masukkan terung dan masak sehingga kekuningan. Angkat dan keringkan di atas tisu dapur/kertas.
  • Masak zucchini selama 1-2 minit sehingga kekuningan. Angkat dan keringkan.
  • Masukkan bawang besar dan tumis sehingga lembut. Masukkan bawang putih, daun parsli, ayam, tomato ceri dalam tin, tomato ceri segar, cili kering, terung dan zucchini.
  • Perlahankan api dan masak sehingga 10-15 minit. Kacau sekali-sekala sehingga kuah menjadi pekat.
  • Masukkan zaitun dan cuka. Kemudian, tambah garam dan gula secukup perasa.
  • Rebus pasta dengan garam sehingga lembut. Toskan. Kemudian, gaulkan dengan sedikit minyak/mentega supaya tidak melekat.
  • Gaulkan pasta di dalam kuah yang telah dimasak. Tabur daun parsli dan hidangkan.
  • *Lupa nak bagitahu, saya ada tambah serbuk lada hitam dan thyme dalam kuah untuk perasa tambahan*

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN