Fajita frittata (telur dadar gaya Sepanyol). Telur ni saya makan dengan Spanish Rice tu. Kalau nak makan telur saje sebagai sarapan pon boleh..sesiapa yang suka keju, boleh cuba ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fajita Frittata

Fajita frittata (telur dadar gaya Sepanyol). Telur ni saya makan dengan Spanish Rice tu. Kalau nak makan telur saje sebagai sarapan pon boleh..sesiapa yang suka keju, boleh cuba ni.

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu besar mentega/minyak zaitun
  • 1/2 cawan cili benggala-hiris/dadu kecil
  • 1/2 cawan bawang besar-hiris nipis
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 cawan tomato-dadu kecil
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan air
  • 1 biji tomato-hiris besar
  • 2 sudu besar parutan keju mozarela
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali yang tidak melekat atas api sederhana. Masukkan cili benggala, bawang, serbuk cili dan jintan putih. Kacau 3-4 minit, masukkan tomato dadu. Tutup api.
  • Dalam mangkuk, pukul telur dan air. Panaskan semula kuali tadi bersama bahan-bahan yang dimasak tadi. Curahkan telur ke atas bahan tadi. Biar masak lebih kurang 6-8 minit. Letakkan tomato hiris bersama keju di atasnya. Angkat.
  • *Telur ni juga boleh dimakan bersama tortilla dan letak sos kesukaan anda.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN