Ezzy Cheezy Spaghetti

Ringkas dan sesuai untuk anak-anak yang tidak makan pedas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ezzy Cheezy Spaghetti

Ringkas dan sesuai untuk anak-anak yang tidak makan pedas.

BAHAN-BAHAN

  • Spageti (secukupnya untuk makan 2 orang)
  • 1 keping dada ayam tanpa tulang (hiris nipis)
  • 1 batang lobak merah (potong ikut suka)
  • Segenggam kacang pis
  • 1/2 sudu teh herba campuran (kering)
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 ulas bawang putih
  • Minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus spageti dengan garam dan sedikit mentega hingga lembut dan toskan.
  • Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih.
  • Masukkan dada ayam yang telah dihiris nipis, biar hingga ayam masak.
  • Masukkan lobak, kacang pis dan herba campuran.
  • Masukkan spageti dan gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan mayonis dan sedikit garam. Gaul lagi hingga betul-betul sebati.
  • Hidang semasa masih panas dan tabur sedikit parmesan jika suka. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago