Durian Slice Cake

Kek yang simple sesuai untuk birthday dan byk lg.Resepi kek span optima kredit to sis Suhairi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Durian Slice Cake

Kek yang simple sesuai untuk birthday dan byk lg.Resepi kek span optima kredit to sis Suhairi

BAHAN-BAHAN

  • KEK SPAN 8″
  • 250g tepung optima @ sponge mix
  • 4 biji telur gred A
  • 50g susu segar
  • 80g butter~dicairkan
  • DURIAN INTI:
  • 300g isi durian~diblend hingga halus guna food processor ya
  • 300g fresh cream~dipukul hingga soft peak
  • *ambil 80g fresh cream yg sudah dipukul tadi & campur dg isi durian
  • *inti durian yg sudah bercampur dg fresh cream tadi ketepikan 100g untuk topping
CARA PENYEDIAAN
  • Menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi.Pukul tepung,telur dan susu selama 10 minit atau sehingga kembang dan pekat.
  • Tambahkan butter cair.Pukul dengan kelajuan perlahan ,cukup sehingga sebati dan rata sahaja (jika guna hand mixer sebaiknya masa tuang minyak cukup guna spatula sahaja dan kaup balik hingga sebati)
  • Tuang ke dalam Loyang yg telah digris dan dilapik dg kertas minyak.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dengan suhu 170c selama 35 minit.
    Setelah masak keluarkan dan sejukkan atas redai.
  • Potong kek kepada dua bahagian dan buangkan kerak2 pada tepi dan atas kek span.
  • Letak satu kek atas papan kek,kemudian letak inti durian.Tutup lagi dengan satu lapis kek.Last sekali lepa atas dan tepi kek dengan fresh cream.
  • Sentuhan terakhir hiasan kuning tepi kek.50g decogel + 1/4 tsp esen durian + sedikit pewarna kuning.Kacau rata bahan ini kemudian masukkan dlm piping bag,gunting sikit hujung kemudian paipkan ke tepi kek bentuk huruf n.
  • Simpan kek dalam peti sejuk selama lebih kurang 5 jam.Keluarkan,potong sesuai dg saiz yg anda inginkan.Kemudian paipkan topping durian tadi (yg 100g tu) guna nozel star.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago